Izzu Islam : Dah nak kahwin ???

Dah nak kahwin ? Waaa ! Buat gadis gadis yang sudah terpikat dengan Izzue Islam dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia , 2 Jun ni Izzue dah nak kahwin dengan manager dia iaitu Awin Nurin . Hmmm . Iyrra pun turut sedih . Dulu , dikabarkan Izzue Islam bertunang dengan Awin Nurin selaku managernya sendiri . Sampai rancangan Propaganza pergi temu ramah Izzue pun dia tak ngaku. Tengok lah video nih. KLIK SINI . . Jom tengok 2 keping pic kat bawah .

Kad kahwin dia orang :( awesome kan ? dengar cerita buat wedding of the year kat Shah Alam . Dia nak kahwin ke , tunang ke , tak kisah ! Yang penting kenape tak buat kat Kelantan ? Dia cuma buat sambut menantu jer . sedih giler coz dia tak buat kat Kelantan (aku dok kelantan sebenarnya)

Ha! Ni lah Izzue dengan bakal isteri dia selaku manager dia , Awin Nurin . Sama padan kan ? jelous ? memang ada ! haha . paperpown , congrates kak Awin coz dapat tawan hati Abang izzue . jaga dia leklok ! wkwkwkwk . and gudluck for Izzue untuk karier karier lain .


Thanks For Reading!!

Izzue Islam : Yang saya dan anda tidak tahu tentang Izzue Islam

                     IZZUE suka warna Biru 





                        Izzue Islam Pernah Merempit


Selain mengaku pernah merempit, ahli kumpulan Forteen paling popular, Izzue Islam mengakui dia terlalu obses dengan warna biru sehingga menganggap dirinya buta warna. Cerita Izzue, almarinya penuh dengan baju-baju berwarna biru. Jom! lihat apa lagi fakta menarik tentang lelaki ini.


1) Izzue tidak lagi menjamah durian setelah muntah akibat mabuk ketika menaiki kereta dari Kelantan ke Kuala Lumpur di usia 15 tahun.


2) Izzue menganggap dirinya buta warna kerana tidak begitu mengenali warna. Di matanya, warna biru yang merupakan warna kegemarannya lebih menonjol jika dibandingkan dengan warna lain. Jelas Izzue, almarinya pakaiannya penuh dengan baju-baju berwarna biru.


3) Jika memasak, anak jati Kelantan ini gemar mencampurkan elemen pedas dan manis dalam masakannya. Contohnya jika memasak Maggie Kari atau Tomyam, selain mencampurkan cili, dia juga menggunakan susu pekat manis dalam masakan tersebut. Haaa pernah cuba tak?


4) Ketika zaman persekolahan, Izzue tergolong sebagai pelajar nakal. Dia dan beberapa rakan yang lain hanya akan masuk ke sekolah setelah tamat perhimpunan iaitu pada jam 8.30 pagi.


5) Dilantik menjadi pengawas sekolah ketika berada di tingkatan 2. Namun, dilucutkan jawatan ketika berada di tingkatan 3 kerana kenakalannya.


6) Mengakui susah bangun pagi. Namun dek kerana selalu terikat dengan penggambaran di waktu pagi, Izzue cuba membiasakan diri untuk bangun awal.


7) Izzue mempunyai tiga jam penggera untuk mengejutkannya bangun tidur. Namun, dia mengalami kesukaran untuk terjaga dengan bunyi tersebut. Dia lebih senang dikejutkan melalui panggilan telefon.


8) Pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis ketika berusia 12 tahun. Menariknya, penyertaannya dalam pertandingan itu tanpa sebarang persediaan kerana ia berlaku ketika Izzue bersiar-siar bersama keluarganya.


9) Hasil kemenangannya dalam pertandingan melukis itu, Izzue telah mendapat wang tunai berjumlah RM100. Dia telah membeli sebuah gitar yang mendekatkan dirinya dengan bidang muzik. Gitar itu masih lagi dalam simpanannya.


10) Izzue pernah menyertai kumpulan Bboy ketika di tingkatan 1 dan 2 kerana sangat meminati tarian 'breakdance'.Ketika di tingkatan 3 pula, Izzue terlibat dengan aktiviti merempit.


11) Mungkin ramai yang tidak tahu, selain boleh berlakon dan menyanyi, Izzue juga pandai bermain beberapa alat muzik iaitu gitar, bass, drum dan juga ukulele.


12) Tidak pernah melancong ke luar negara. Bagaimanapun, pada hujung tahun ini Izzue merancang untuk bercuti bersama-sama peminat ke Hong Kong, dan Macau.






Interesting kan?? :)

Thanks For Reading!!

Izzue Islam : sebelum menjadi artis

Haaa ! Serios , dah lama rasenya tak aktif kan ? belog pun dah mula berhabuk . nak update selalu pun mana boleh  :( internet selalu je kena quota . maxis tak boleh dipercayai . acececehhhh :P tak tahu nak update entry ape , so iyrra pilih lah untuk update entry pasal Izzue Islam . cewaah . hahaha . peminat fanatik ni doerrr . Sumpah ! Iyraa tak kenal sape Izzue Islam . Tapi , bila tengok dram Sebenarnya Saya Isteri Dia , terus je kenal . Haha ! Sumpah cair bila tengok dia dekat SSiD . Hmmm . Jom kite terjah . wkwkwkwkwk :D

Gambar ni main curi je . entah sape lah kat sebelah dia . Iyrra rase saudara mara dia .

SUATU ketika dulu, dia hanyalah seorang budak kampung biasa yang menjadi penjual burger. Pun begitu, kunjungan ke Kuala Lumpur gara-gara mahu menyaksikan satu ‘gig’ akhirnya membawa dimensi baru dalam kehidupan pelakon kacak, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 22.


Anak muda kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata, ketika itu dia cukup berminat dengan bidang muzik, membuatkan dia dan rakannya terdorong untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menonton persembahan Kami The Konsert di Bukit Jalil, sempena filem Kami terbitan produksi Red Films Sdn Bhd, empat tahun lalu.

Menurut Izzue, selama tiga hari menetap di Kuala Lumpur, dia dan rakannya kehabisan wang untuk balik ke Kelantan. Justeru, ketika menjamu selera di sebuah restoran di Desa Mentari, Petaling Jaya, dia tergerak hati untuk bertanya kepada pemilik kedai makan itu sama ada memerlukan pekerja untuk berkhidmat di situ.

“Syukur kepada Tuhan, apabila pemilik kedai itu sudi memberikan pekerjaan kepada kami. Malah memandangkan tiada duit untuk menyewa bilik, kami terpaksa pula menumpang tidur di kedai pakaian ‘bundle’ milik seorang kawan. Kalau diingatkan semula, memang susah kehidupan saya ketika mula-mula datang Kuala Lumpur dulu.



“Bagi menampung kehidupan, saya juga pernah melakukan beberapa kerja sambilan seperti menjadi penghantar susu, pembancuh air di gerai makan dan jurujual di pusat beli-belah. Terus-terang, saya tidak pernah rasa malu melakukan pekerjaan itu kerana apa yang penting mendapat rezeki yang halal,” katanya.

Jelas Izzue lagi, dia sanggup mengalami kesusahan di ibu kota kerana berpegang pada prinsip, itulah jalan hidup yang dipilihnya. Katanya, dia perlu belajar berdikari sendiri dan enggan meminta bantuan daripada keluarga di kampung. Kini, Izzue akur pengalaman kesusahan dilaluinya itu banyak membantu dia menjadi matang.

“Dalam keseronokan bekerja sambilan, ketika itulah saya terbaca iklan mencari pelakon di akhbar. Masih saya ingat lagi, uji bakat pertama dilalui untuk menjadi pelakon tambahan dalam drama Kampung Jaguh terbitan produksi Double Vision Sdn Bhd. Saya tak pernah menduga pun akan mendapat watak Halim.

“Dua episod watak Halim itu cukup membantu saya menonjolkan bakat dalam bidang lakonan. Sejak itu, saya aktif dalam industri seni dan menjadi pelakon tambahan selama dua tahun. Namun, berkat usaha dan kesungguhan saya, akhirnya dapat juga peluang melakonkan watak utama dalam drama Cita dan Cinta di TV9.

“Selepas itu, saya sudah mula meraih kepercayaan melakonkan watak utama sehinggalah membintangi filem. Malah, ketika sibuk berlakon itu jugalah saya mendapat lamaran daripada pihak KRU untuk menjadi salah seorang anggota Forteen. Tak dinafikan, saya tak berfikir panjang dan terus menerima tawaran itu.

“Menerusi Forteen, saya dapati nama semakin kukuh dalam industri seni. Bahkan, Forteen banyak membantu menaikkan nama saya sehinggalah berada di tahap ini sekarang. Jujur saya katakan, memang tak pernah pun ada cita-cita untuk menjadi artis. Kedatangan saya ke Kuala Lumpur dulu, hanyalah untuk menonton persembahan gig itu.

“Ketika di kampung saya ada kumpulan muzik sendiri yang dikenali dengan nama Hellow Yellow. Malah, harapan kami pun bukan untuk menjadi artis tapi sekadar mahu membuat persembahan di hadapan orang ramai walau pun hanya sekali. Apa yang kami inginkan adalah pengalaman,” katanya.

Menurut Izzue, bagaimanapun dia dan anggota kumpulan Hallow Yellow berjaya juga menggapai impian mereka membuat persembahan di depan khalayak sebanyak dua kali iaitu di Kelantan dan Shah Alam. Namun katanya, anggota kini sudah Hallow Yellow membawa haluan masing-masing. 

“Malah, penyertaan saya dalam Forteen disokong oleh mereka. Sekarang, saya sangat bersyukur dengan segala yang dimiliki selepas puas hidup dalam kesusahan. Pun begitu, ia tidak bermakna saya sudah cukup berpuas hati dengan pencapaian saya. 

“Masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan perbaiki dalam memantapkan karier seni diceburi. Apapun, ingin saya tegaskan bahawa pembabitan dalam bidang seni ini bukanlah untuk mengejar populariti tetapi atas dasar minat. Malah, saya juga ingin peminat menerima diri ini kerana bakat,” katanya yang boleh bermain gitar, dram dan keyboards.


dah habis bace dah ? Hmmm :( itu lah isi hati anok jati kelatey . eh eh . kawe ore kelatey jugokk . banggo sero jadi anok kelatey . buke banggo kes Izzue anok kelatey :3 paperpown , wish luck for Mohd Izzul Islam Mazlan , okay ?

Thanks For Reading!!